MAKLUMAT PSS


DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber sekolah (PSS) adalah satu tempat terkumpulnya berbagai-bagai alat dan bahan media pendidikan yang dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur bagi memudahkan pengguna.  Ia juga adalah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbit dan menggunakan alat pengajaran demi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan, serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diurus secara sistemetik. Ia juga sebuah tempat bagi memperoleh, mengumpul dan membina maklumat baru supaya dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran.




MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru
  • supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
  • Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan
  • berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat




MOTTO PSS

"Pusat Sumber Sekolah
Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu"



OBJEKTIF PSS

·         Menguruskan maklumat dan membantu guru dan murid melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

·         Mencapai kecemerlangan pendidikan.

·         Menggalakan semua warga SMK (BM) menggunakan segala kemudahan yang diadakan.

·         Membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran tambahan yang mendalam dan kemaskini.

·         Memupuk kemahiran menggunakan bahan-bahan PSS dengan berkesan di kalangan pelajar.

·         Memupuk dan menanamkan tabiat gemar membaca dan menyelidik di kalangan pelajar di samping menggembangkan keyakinan diri.

·         Memupuk dan menanamkan kemahiran pelajar agar mereka dapat menjadi pelajar yang dedikasi, matang dan berdisiplin.

·         Menjadi PSS sebagai pusat untuk menghasil, mengumpul dan menggunakan pelbagai peralatan.




PERATURAN PSS
GURU

·         Guru-guru perlu mengisi Buku Rekod Penggunaan bilik semasa menggunakan Pusat Sumber. 

·         Guru-guru yang membawa para pelajar masuk ke Pusat Sumber perlu mengawal disipllin pelajar semasa berada di Pusat Sumber.

·         Sebarang TEMPAHAN penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya SEHARI sebelum hari penggunaan.

·         Semua peminjaman bahan dan buku perlu direkod secara ONLINE.

·         Guru Tidak Dibenarkan  Membawa Makanan dan Minuman di dalam Pusat Sumber.




PERATURAN AM PUSAT SUMBER

·         Bilik ini dibuka kepada semua warga SMK (BM) Saratok.

·         Pelajar tidak dibenarkan masuk dan meminjam buku tanpa kebenaran guru pusat sumber, pembantu pusat sumber atau pengawas PSS yang bertugas.

·         Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku tidak lebih daripada 7 hari.

·         Pelajar hendaklah menjaga keselamatan bahan bacaan yang dipinjam.  Sekiranya peminjam menghilangkan buku penggantian semula diwajibkan sama ada berbentuk buku yang sama atau pembayaran mengikut harga buku tersebut.

·         Denda lewat penghantaran buku yang dipinjam akan dikira bermula dari selepas tarikh penghantaran termasuk hari cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.  Bayaran denda akan dikenakan bagi setiap pinjaman buku sebanyak RM 0.10.

·         Pengguna-pengguna Pusat Sumber Tidak Dibenarkan Makan, Minum dan Membuat Bising semasa berada di dalam PSS.

·         Pastikan PSS sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas.




PERATURAN PSS
PELAJAR

·         Pelajar diminta senyap semasa berada di dalam Pusat Sumber.

·         Pelajar mestilah beratur semasa meminjam atau menghantar buku di kaunter.

·         Pelajar Tidak Dibenarkan Makan, Minum, Membuat Bising dan Tidur semasa berada di dalam PSS.

·         Pelajar Tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam pusat sumber tanpa kebenaran guru pusat sumber.

·         Pelajar dikehendaki menyusun kerusi selepas digunakan.

·         Pelajar dikehendaki duduk ditempat-tempat yang disedikan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak buku, pintu dan kaunter.

·         Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

·         Pelajar dikehendaki meletakkan beg dan kasut di rak yang disediakan di luar pusat sumber. 


Comments